Menjelma kian sang matahari menandakan 22 Mei telahpun menjadi penanda akan keuzuran bumi yang kian meruncing. Dalam menyinkap pelbagai ragam kehidupan, lain-lain pula bentuk onak dan duri yang menimpa setiap insan. Namun begitu tiada apa masalah yang tidak dapat diselesaikan selama mana kita sentiasa yakin dan berharap bahawa adanya Sang Pencipta di sisi kita untuk memberikan kita jalan dan cahaya penyuluh. Rasanya lagi terang dari 3 volt sel kering kut. Terasa hati ini untuk bercerita apakah terbiyah Ilahi untuk hamba ini pada serbamulanya 22 Mei 2010 ini.
Pagi pun telah menjelma walau sang mentari masih tidur di ufuk timur. Tidak pula ia memulakan tugas selagi tiadanya yang diperintah Maharaja untuk bangkit menyinari alam. Akan itu pula, bintang-bintang sarwajagat masih menampakkan cahayanya yang kelihatan mentol-mentol lampu di borong kedai. Andainya ketika itu aku bisa gambarkan jam menunjukkan 12.30 pagi.
Jari-jemariku seolah-olah terkena tarikan medan magnet untuk menekan punat untuk melihat siaran yang masih terpampang di kaca televisyen. RTM 2 menyiarkan cerita yang amat berkait dengan kehidupanku, nama diberi A Beautiful Minda. Ceritanya macam nie taw,
Adalah seorang ni namanya John Nash yang masih lagi sebagai mahasiswa jurusan matematik bagi peringkat Doktor Falsafah. Dia mencari-cari sati idea yang original bagi kajiannya agar dia mampu menamatkan lanjutan pembelajaran dia di Universiti MIT, kalau tak silap.
Dirinya ini amatlah ketara ketidak seimbangannya. Begitu tinggi IQ dia namun bobrok pula EQ nya. Hanyalah bertemankan Charles rakan sebilik yang sentiasa memberikan dorongan. Sehinggalah satu saat dan ketika dia telah dilantik di bawah kuasa ketenteraan Amerika Syarikat sebagai perisik negara. Pada ketika itu dia telah mencapai Ph.D nya itu dan begitu terkenal dengan Penafsir Kod yang paling berbakat semenjak beliau memegang jawatan Professor Nash.
Hari demi hari, siang berganti malam, bulan pula silih berganti, hidup beliau dipenuhi ketakutan kerana takut diburu oleh perisik Rusia yang akan membunuhnya kerana mereka ingin mengebom Amerika, hinggalah satu saat dia dia ditawarkan utnuk memberikan ceramah dalam sidang Matematik dan ketika itu, Charles telah pun mempunyai seorang anak.
Semasa sidangnya, beliau amat ketakutan dan memerhati sekeliling sehinggalah dia merasakan ada agen sulit yang memerhatikannya dan aku tertarik apa yang pernah dikatakan oleh beliau iaitu, kita tidak boleh meletakkan nilai rasional dalam setiap perkiraan nombor kerana ianya tidak statik (Kalau tak silap). Kemudian dia terus menyambung lagi di mana dalam setiap perhitungan nombor kita, kadang-kadang ia akan mengkhianati jangkaan kita.
Masih segar dalam ingatan ini dia mengaitkan formula ekonomi dalam kehidupan percintaan. Katanya "Sekiranya kita semua mencari wanita berambut perang, maka kita sebenarnya menghalang diri kita sendiri dan jika kita mncari wanita lain, kita pasti ditolak kerana mereka menjadi pilihan kedua. Maka apa yang harus terjadi sebenarnya ialah apabila wanita bermabut perang tidak lagi dicari, maka sebenarnya kita meninggalkan halangan dan terus mencari wanita-wanita lain, maka kita memberi peluang dan tiada siapa pula yang terluka"
Selepas beliau tamat sebahagian sesi ceramahnya, beliau terus melarikan diri ke pintu belakang kerana dia sedang diburu! Dan akhirnya seorang doktor mengesahkan bahawa dia mengalami Paranoid kerana begitu ketakutan. Dia tidak lagi mampu membezakan khayalan dan kenyataan. Maka sebenarnya temannya sebilik yang sentiasa menyokongnya, Charles ialah khayalan! Anaknya ! dan perisik rahsia dan semuanya yang telah dilalui itu! Dia menafikan segala dakwaan doktor itu hinggalah isterinya merupakan pelajarnya telah memantau segala isu yang pernah dibangkitkan oleh suaminya, Prof. Nash ini dan ternyata semuanya khayalan.
Sebenarnya selama ini, dia berkata dengan khayalan, dengan bermain dengan khayalan dan dia berkerja dengan khayalannya semata. Isteri yang begitu mencintainya masih terus setia menyokongnya hinggalah dia menemukan satu formula bagi menafikan khayalannya yang sejak puluhan tahun dalam dunianya. Tidak boleh meletakkan nilai yang rasional dalam perkiraan kerana subjek itu tidak statik dan seharusnya subjek mengalami perubahan ataupun perkembangan. Namun apa yang berlaku kepada Charles, dia tetap muda dan anaknya tetap dengan usia kanak-kanaknya tanpa membesar dan begitu juga dengan perisik ketenteraan yang lain.
Maka apa yang berlaku sebenarnya dalam aspek sains ialah, berlakunya ketidak seimbangan tindak balas kimia antara persekitaran dengan otak. Maka akan lahirlah halusinasi yang mampu 'menyentuh' pancaindera yang lima. Isterinya dengan kebijaksanaan untuk melamar suaminya dulu telah menjawab segala perosalan suaminya. Suaminya maminta data yang perlu disahkan agar perkiraannya tepat dalam komitmennya setelah berkahwin. Maka isterinya pula menyanyakan bahawa bagaimana pula dengan perkara sebesar cakerawala, adakah memerlukan sebuah data yang perlu disahkan? Maka terdiamlah si suaminya dan menyambung pula si isteri bahawa samalah seperti cinta, yang tiada pula dapat dilihat mahupun menggunakan formula kerana ia juga merupakan perkara sebesar cakerawala (abstrak) kerana ia memerlukan kesetiaan bagi menjamin ketepatan perkiraan itu nanti dan itulah data yang disahkan.
Sejak riwayatnya bermula pada 1948 sebagai pelajar Ph.D senhinggalah tahun 1994, beliau telah dianugerahkan dengan Anugerah Nobel (Mulia) dan memberikan sedikit ucapan "Kita hanya memerlukan sedikit bantuan dan sokongan dari mereka yang benar-benar mencintai kita" Itulah data yang disahkan.
Maka dalam isu pemikran bersikap logik merupakan perkiraan pertama dan terakhir bagi melengkapi perkiraannya agar tidak pula terpesong. Selain itu, apabila kita terlalu sunyi, janganlah kita menghadap perkara yang memerlukan penyelesaian pula kerana keluarlah untuk mencari ilham yang sebenar. Hidup umpama nombor yang memerlukan formula dalam meneruskan kehidupan dan dikahirnya pencarian kita tiada pula formula yang harus digukankan kerana disitu kita telah mencapai infiniti iaitu kesempurnaan dan probability pula terus menjadi 1. Maka selebihnya saya serahkan kepada anda tentang makna kehidupan berdasarkan pemikiran kompetatif, khayalan kognitif, danfalsafah kehidupan yang telah kita bina sebagai asas kehidupan diri kita. Tersebut lihatlah kalian akan kehebatan fikiran sehingga mampu memanipulasi diri dan menghasilkan pelbagai kebaikan mahupun ancaman. Dan itulah indahnya minda apabila ia mampu membawa kita kepada probability P(E) = 1
Wallahualam.
Friday, May 21, 2010
Friday, May 14, 2010
Masih Samar Di Hadapan
Semuanya bermula tatkala Matahari dan Bulan beredar dengan aturannya tanpa melebihi yang lain dan mereka tidak pula melampaui batas hinggalah tarikh 13 May 2010 ini. Aku merasakan adanya kelainan yang berlaku pada hari itu dan tidak pula mampu terucap oleh kata-kata hinggakan aku terdiam seribu bahasa dan linangan air mata sahaja yang bisa menjadi jurucakapnya.
Sehari sebelum itu, aku terpanggil untuk membaca sebuah novel yang telah lama dibeli oleh kakakku.Lebih kurang setebal 459 m/s aku tatap dengan penuh kekhusyukkan dan Seharum Kasih judul diberi.Seolah-olah aku ketika itu terbuka luas duniaku ke alam yang lebih dewasa dan terbuka. Semuanya mengenai Syed Reeza dan Rasya watak utamanya. Aku meneliti setiap plot penceritaannya peringkat demi peringkat.
Reeza telah melakukan pelbagai perkara bagi meyakinkan Rasya bahawa hanya dialah satu-satunya wanita yang dicintainya. Akan tetapi Rasya masih memasang syak wasangka yang buruk terhadapnya disebabkan wajahnya yang kacak dan ditambah pula hasutan fitnah yang dihamburkan Adri terhadapnya. Semua itu menggugat kepercayaannya terhadap Reeza. Hinggalah hubungan antara mereka terjejas disebabkan keputusan Rasya yang terburu-buru dan Reeza pula jatuh sakit atas kehilangan Rasya dan dirawat di Bandung. Pada peleraiannya mereka disatukan semula tetapi 'dimadukan' dengan kenalannya di Bandung demi memberi pengajaran kepada Rasya agar percayakan sumainya kini Reeza.
Maka, tatkala aku memandang memandang kehidupan ini dari sudut yang berbeza sehingga membuatkan jiwaku ini sebak menahan pilu hingga berkaca-kaca mataku. Begitu juga denganku. Dia tanpa jemu menunjukkan pelbagai bukti kasihnya kepadaku. Namun aku tetap bermaksiat kepadanya. Seringkali dia teringatkan aku akan itu juga aku pula sedikit sekali mengingatinya. Dia terlalu istimewa bagiku namun nafsu yang sering marak dalam jiwa ini mengeruhkan hubungan intimku. Serinngkali aku kesunyian dia pula muncul dengan pelbagai kejutan. Aduhai betap menyasalnya aku kerana itu jugalah aku tidak mampu menghargainya dengan setulus hatiku.
Ya Allah, telah Engkau menunjukkan cintaMu terhadap hamba ini dari segenap alam dan tidak pula hamba ini mahu mensyukurinya. Dan kini Ya Allah, aku pula amat merindukan belai kasih dariMu seperti mana Engkau membawa aku mendakap di sisiMu di waktu dulu. Aku amat merindukan di saat aku bermanja denganMu, Ya Allah. Dan betapa menyesalnya aku mula menjauhkan diri dariMu dan kini aku terasa begitu kosong seolah-olah aku telah kehilangan sesuatu yang begitu bermakna dalam hidupku iaitu CINTA dari Mu, Ya Allah. Di saat aku menjauhkan diri dariMu, terasa perit pula kehidupan ini tanpa sentuhanMu, Ya Allah. Ampunkanlah hambaMu ini Ya Allah.
Ya Allah, Kau mengetahui warkah terisitimewa ini hanya untukMu walau tidak seindah bahasa yang Kauungkapkan terhadap kekasihMu Muhammad Rasulullah. Namun andai aku akan Kau jemput suatu hari nanti, akan kubersedia untuk itu dan terimalah ini sebagai surat cinta dariku ketika di dunia ini.

Thursday, May 6, 2010
Kusangkakan Kaca Rupanya Berlian
Bumi mana yang tidak ditimpa hujan? Siapa pula yang tidak ada masalah? Itulah jua lumrah kehidupan. Perjalanan mana yang tidak ada pancarobanya? Maka itulah namanya kehidupan insani yang terikat dengan ikatan kukuh. Dalam menjalani kehidupan seorang diri ini pasti pula ada teman disisinya. Namun, adakah semua teman itu akan sentiasa mendukung kita? Dan adakah semua teman itu akan lebih membutakan kita dari cahaya Ilahi? Itulah yang harus dicari oleh seorang perantau sebelum mengibar layar menjadi nakhoda bahtera itu.
Maka sekalian perkara yang harus diselidiki agar tiada yang pincang dalam perjalanan walau akan ada jua sekalipun tidak diingini hati nurani. Tongkat yang teguh sentiasa tegar menabur khidmatnya walau tuannya yang khilaf. Namun akan segalanya yang terpampang itu, masih adakah tongkat yang mampu berbicara kepada tuannya agar tiadalah ia tersilap langkah untuk jatuh ke lembah kehinaan. Akan itu yang perlu dicari segara agar tiadalah kita kehilangan berlian yang disangkakan kita itu kaca.
Tiadalah mahu berselindung lagi, akan tetapi apakah yang ingin dubahaskan? Itulah dia benarkah dia seorang insan bergelar sahabat? Akan itu, haruslah kita terlebih dahulunya meletakkan dia diatas pengiraan yang jitu agar benarlah ia pemandu kita yang mulia. Arakian itu telesuri dahulu apa yang harus dicantas agar tiadanya semua di sini terpinga-pinga dibuatnya.
Sebenarnyalah, tak susah untuk kita kenal pasti dia ini boleh jadi kawan yang baik atau sekadar ingin menumpang kelebihan yang kita ada demi kepentingan dirinya sendiri. Eh terasa macam kejam pula bunyinya tapi itulah kenyataannya dan mereka-mereka itu tidak lebih sekadar parasit yang membunuh perumah itu sendiri.
Jadi kalau betullah semua itu macam mana nak detect? How can us detect and vanish them? E'eh terspeaking plak.. Jadi mudah sahaja.
Kalau kawan belakang kawan :
Namun masih ada lagi jalinan yang murni lahir dari dua insan yang hina semata-mata mecapai keredhaan Allah walau masih belum menandingi para Rahimullah itu tapi itulah kita umat akhir zaman yang sangat-sangat dirindui oleh Habibullah Rahmatan lilia'lamin, Muhammad SAW.
Segala yang khilaf itu mohon ampun dan maaf andai terosak bahasa harap dapat difahami.

- Dia akan ingat kawan dalam doanya.
- Pertahan maruah kawannya
- Tidak pula baginya untuk perlekeh kawannya walau dengan gurauan
- Tidak pula mempersendakan akan kata-katanya yang bererti kebaikan itu
- Depan tu macam semanis kurma
- Kat belakang merendah-rendahkannya dengan apa cara sekalipun
- Tidak pula ingin membantu kelemahannya
- Konpem-konpem takkan dengar nasihat kawan
- Yang paling ketara batang hidung dia muncul sekadar nak minta tolong jer....
Namun masih ada lagi jalinan yang murni lahir dari dua insan yang hina semata-mata mecapai keredhaan Allah walau masih belum menandingi para Rahimullah itu tapi itulah kita umat akhir zaman yang sangat-sangat dirindui oleh Habibullah Rahmatan lilia'lamin, Muhammad SAW.
Segala yang khilaf itu mohon ampun dan maaf andai terosak bahasa harap dapat difahami.
Friday, April 30, 2010
Pandangan Yang Sirna
Bumi mana yang tidak ditimpa hujan? Itulah kata pembuka bicara pengalas hujahan. Aku ini gemar melihat dan memerhatikan mereka di sekelilingku ini agar aku bisa memahami. Bukannya niat ini untuk mencari aib insan ini dan bukan pula untuk tunjuk hebat di hadapan makhluk yang lain pula.
Sedemikian itu, aku memerhati mereka agar aku bisa mengenal diri yang tersimpang jauh ini. Tatkala itu aku masih lagi teringat akan satu hadis Rasulullah SAW yang bererti muslim itu cermin kepada muslim yang lain. Maka akan perihal itulah aku memandang mereka sebagai sifat dalamanku yang begitu tercala dan harus mengalami proses penyembuhan dan penyucian jiwa.
Namun bukan itu yang hendak aku perkatakan sekarang ini akan tetapi tentang betapa sirnanya pandangan aku terhadap beberapa situasi sebelum ini. Aku sering terfikir apabila melihat seseorang itu bertungkus-lumus melakukan sesuatu dan aku mengumpamakannya sebagai berhempas-pulas membantu insan bergelar sahabat akan kerana itu lebih manis bunyinya.
Kadangkala aku melihat mereka-mereka ini akan menghungkit kembali perkara-perkara yang telah dilakukan oleh mereka sekiranya diri dan kerja mereka tidak dihargai walau dengan sebaris ungkapan "Terima kasih". Dan waktu itu aku mula berfikir adakah mereka ini mengungkit hal ini disebabkan mereka inginkan ganjaran? Ataupun ingin dihargai? Tidakkah mereka ingat bahawa Allah boleh membalas dengan terlebih baik daripada itu semua?
Aku menganggap mereka itu kurang berkesedaran dan mungkin juga kurang keikhlasannya terhadap Allah dan itulah pandangan aku yang jahil ini. Namun telah aku pelajari sesuatu perkara yang berkaitan dengan perkara yang sebelum ini aku tahu cuma tidaklah aku sedar dan perasan. Itulah fitrah manusia yang sukakan perghargaan dan ingin rasa dihargai. Maka disebabkan itu kita umat Islam diajarkan cara untuk berterima kasih sebagai cara membalas budi insan lain.
Ekoran itu aku menyedari suatu hal setelah aku menonton Al-Kuliyyah tadi bahawasanya ikhlas tidak menafikan hak. Ini membawa pengertian di mana seseorang yang melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh maka hak dia itu adalah dengan mendapat ganjaran imbuhan ataupun bonus daripada majikannya. Sama jugalah seperti seseorang yang ikhlas memberikan pinjaman wang kepada rakannya. Maka sekirannya si peminjam itu mendiamkan diri tidak bermaksud penghutang itu menafikan hak pemiutang itu dan wajib ke tasnya untuk melunaskan hutang itu bila mampu. Maka ikhlas itu tidak menafikan hak. Apabila sesuatu kebaikan (Perkara yang sunat dan bukan wajib) itu diingatkan semula agar si penerima kebaikan itu sedar dan kembali bertaubat kepada Allah Yang Maha Pengampun.
Wallahu'alam...

Friday, April 23, 2010
IBNU SINA (AVICENNA)*Bapa Perubatan Moden

Ibnu Sina (980-1037) merupakan doktor Islam yang terulung. Sumbangannya dalam bidang perubatan bukan sahaja diperakui oleh dunia Islam tetapi juga oleh para sarjana Barat. Nama sebenar Ibnu Sina ialah Abu Ali al-Hussian Ibnu Abdullah. Tetapi di Barat, beliau lebih dikenali sebagai Avicenna.
Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 Masihi. Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqh, dan perubatan.
Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut.
Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).
Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fil Tabib telah diterbitkan diRom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas diuniversiti-universiti Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan.
Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul Remedies for The Heart yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja. Tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik, astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama.
Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikannya seorang tokoh sarjana yang serba boleh. Beliau tidak sekadar menguasainya tetapi berjaya mencapai tahap zenith iaitu puncak kecemerlangan tertinggi dalam bidang yang diceburinya.
Di samping menjadi zenith dalam bidang perubatan, Ibnu Sina juga menduduki ranking yang tinggi dalam bidang ilmu logik sehingga digelar guru ketiga. Dalam bidang penulisan, Ibnu Sina telah menghasilkan ratusan karya termasuk kumpulan risalah yang mengandungi hasil sastera kreatif.
Perkara yang lebih menakjubkan pada Ibnu Sina ialah beliau juga merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran Aristotle. Oleh sebab itu, pandangan perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh asas dan teori perubatan Yunani khususnya Hippocrates.
Perubatan Yunani berasaskan teori empat unsur yang dinamakan humours iaitu darah, lendir (phlegm), hempedu kuning (yellow bile), dan hempedu hitam (black bile). Menurut teori ini, kesihatan seseorang mempunyai hubungan dengan campuran keempat-empat unsur tersebut. Keempat-empat unsur itu harus berada pada kadar yang seimbang dan apabila keseimbangan ini diganggu maka seseorang akan mendapat penyakit.
Setiap individu dikatakan mempunyai formula keseimbangan yang berlainan. Meskipun teori itu didapati tidak tepat tetapi telah meletakkan satu landasan kukuh kepada dunia perubatan untuk mengenal pasti punca penyakit yang menjangkiti manusia. Ibnu Sina telah menapis teori-teori kosmogoni Yunani ini dan mengislamkannya.
Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api, dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk, panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan.
Pengaruh pemikiran Yunani bukan sahaja dapat dilihat dalam pandangan Ibnu Sina mengenai kesihatan dan perubatan, tetapi juga bidang falsafah. Ibnu Sina berpendapat bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan. Pandangan seumpama itu pernah dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani seperti Pythagoras untuk menghuraikan mengenai sesuatu kejadian. Bagi Pythagoras, sesuatu barangan mempunyai angka-angka dan angka itu berkuasa di alam ini. Berdasarkan pandangan itu, maka Imam al-Ghazali telah menyifatkan fahaman Ibnu Sina sebagai sesat dan lebih merosakkan daripada kepercayaan Yahudi dan Nasrani.
Sebenarnya, Ibnu Sina tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan. Dalam buku An-Najah, Ibnu Sina telah menyatakan bahawa pencipta yang dinamakan sebagai "Wajib al-Wujud" ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dibahagikan dengan apa-apa cara sekalipun. Menurut Ibnu Sina, segala yang wujud (mumkin al-wujud) terbit daripada "Wajib al-Wujud" yang tidak ada permulaan.
Tetapi tidaklah wajib segala yang wujud itu datang daripada Wajib al-Wujud sebab Dia berkehendak bukan mengikut kehendak. Walau bagaimanapun, tidak menjadi halangan bagi Wajib al-Wujud untuk melimpahkan atau menerbitkan segala yang wujud sebab kesempurnaan dan ketinggian-Nya.
Pemikiran falsafah dan konsep ketuhanannya telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam bab "Himah Ilahiyyah" dalam fasal "Tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim atasan.
Pemikiran Ibnu Sina ini telah rnencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu percubaan untuk membahaskan zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah buku yang berjudul Tahafat al'Falasifah (Tidak Ada Kesinambungan Dalam Pemikiran Ahli Falsafah) untuk membahaskan pemikiran Ibnu Sina dan al-Farabi.
Antara percanggahan yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah penyangkalan terhadap kepercayaan dalam keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu Sina dan al-Farabi mengenai pembangkitan jasad manusia dengan perasaan kebahagiaan dan kesengsaraan di syurga atau neraka.
Walau apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu al-Farabi.
Di antara Karya Ibnu Sina yang terkenal menjadi bahan rujukan utama;
*Qanun fi Thib (Canon of Medicine)(Terjemahan bebas : Aturan Pengobatan)
*Asy Syifa- An Najat
Bila Hati Bertaut Kasih
Alkulihal seperti yang telah aku nukilkan sebelum ini perihal trauma yang melanda diri ini semenjak sekian lama dan menghantui diriku ini hingga terbuai di alam mimpi. Aku tidak tahu mengapa harus demikian yang harus aku rasakan walhal bukan itu yang aku dambakan untuk memiliki kehidupan yang sejati.
Alangkah baik aku ceritakan dahulu akan ceritera itu sebelum kita menyingkap lebih jauh agar tiada yang tersalah paterinya sebelum mengungkap seribu satu pandangan yang sempit. Aku menganggap bahawa hidup ini hanya semata-mata mencari redha Allah dan kita ini hambaNya diwajibkan menyembah dan beribadah kepadaNya serta diiringi dengan ilmu.
Selama ini juga sentiasa aku panjatkan permohonan ke hadratMu ya Allah agar solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah keranaMu dan segala yang dilintaskan hatiku, diungkapkan kataku dan dizahirkan perbuatanku itu juga dianggap sebagai ibadah. Oleh itu ya Allah aku akan sering merasakan bahawa Engkau sentiasa memerhatiku untuk menilai amalku yang penuh cacat dan celanya.
Arakian itu, aku menganggap dengan bersahabat itu sebagai satu alternatif bagi diri ini untuk beribadah kepadaNya. Maka secara lurus aku mempelajari setiap tatasusila dalam pergaulan dengan kawan-kawan agar perbuatan aku yang disertai ilmu itu akan diterima olehNya.
Aku juga sering menghayati setiap sabda baginda dalam perihal bersahabat agar aku bukanlah orang yang melampaui batas. Seringkali aku terdengar bisikan di telingaku akan satu sabda nabi "Tidaklah sempurna iman seseorang itu sehingga ia mengasihi sahabatnya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri". Tatkala itu, aku akan cuba melakukan yang terbaik dalam sesuatu ikatan persahabatan yang terjalin erat.
Namun begitu aku sering berwaspada dengan hadis ini agar aku tidak melebihkan sesuatu daripadanya iaitu "Tidak beriman seseorang sehingga ia mencintai aku (Rasulullah) dan Allah melebihi segalanya" Maka aku sentiasa berhati-hati agar aku tidak mengutamakan sahabat aku melibihi Allah dan RasulNya dan tatkala itu jugalah aku tergelincir dari landasan yang lurus itu hingga jatuhnya aku ke lembah hina.
Hinggakan di satu saat, Allah telah mengeratkan persahabatan kami dan aku sungguh bersyukur kepadanya kerana merasakan doaku ini telah diperkenankan Tuhan agar hati kami ini bertemu dan berpisah kerana Allah. Akan tetapi aku tersilap perhitungan kerana dengan persahabatan itu yang aku sangkakan dia boleh meluruskan aku silap sama sekali. Aku semakin lalai dari mendekati Pencipta Yang Maha Mengasihani.
Acap kali aku berfikir, akan kusangkakan ini hadiah dari Tuhan. Rupa-rupanya inilah ujian dariNya yang tidak disangka-sangka. Kami terus hanyut dan sering bergembira dengan kenikmatan duniawi dan Allah terus-meneruskan memudahkan perjalanan kami. Kendatipun begitu, aku akan menerapkan nilai-nilai mulia dalam diri masing-masing walaupun jarang-jarang sekali. Tatkala aku memulakan itu, pastinya akan timbul masalah yang akan menguji keimanan kami.
Hingga ke saat itu, aku sedar dari kehidupan yang fana ini bahawa semua yang telah aku lalui itu hanyalah topeng dunia yang tiada ertinya bagi hidupku. Hinggalah saat itu, hati ini yang aku sangkakan menyayanginya kerana Allah rupa-rupanya aku terpesong. Aku mencintai sahabat itu atas dasar keduniaan semata-mata akan tetapi dirinya yang elok budi-pekertinya itu telah menyilaukan pandangan diriku dari kebenaran yang haq. Maka itu, aku takut untuk memberikan hatiku kepada insan yang bergelar teman lebih-lebih lagi mereka yang mampu menggoncangkan hatiku, kerana aku takut, pisang akan berbuah dua kali.
Oleh sebab itulah aku sering mengatakan bahawa tidaklah aku meminta lebih darimu melainkan tiga perkara iaitu disaat aku melakukan kebaikan, maka bantulah aku. Di waktu aku melakukan kemaksiatan tegurlah aku dan di kala aku lalai dari jalannya maka ingatkanlah aku dan aku tahu hanya mereka ini lah insan yang benar-benar dikurniakan Tuhan kepadaku sebagai sahabat yang salik agar kami memperoleh keredhaan dan syafaatNya ketika manusia tiada mendapat naungan melainkan di bawah lembayungNya.

Wednesday, April 21, 2010
Jalinan Yang Diuliti Trauma
Sesi persekolahan bermula dengan subjek PJK dan kami memulakan sesi pembelajaran seperti sedia kala. Hari tajuk pembelajaran agak sedikit berbeza di bawah tajuk perasaan. Guru kami mengajar perihal ini secara santai agar kami mampu memahami tajuk ini dengan kejituan. Beliau ada mengisahkan kepada kami tentang satu perkara bahana seorang lelaki. Beliau semasa di IPT sedang melakukan kajian tentang orang sakit mental yang hampir pulih. Sepanjang kajian guru kami itu, beliau mendapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang itu boleh terkena sakit mental dan antaranya ialah kurangnya aktiviti fizikal seperti sukan, tidak meluahkan perasaan dan mengrungkan diri dalam bilik untuk berfikir dan mencari jalan penyelesaian. Akhirnya orang itu gila nampaknya. Antara tanda seseorang itu sakit jiwa ialah mukanya tidak melambangkan ekspresi mukanya dan aku dijadikan contoh. Aku senyum jer walhal aku ketika itu sedang marah. Hmm apa lagi, si Akmal ngan Hakim tu kata ha memang sama pun.. Aku pun senyum jer la..
Aku kehilangan mood hari ni dan subjek Biology pun bermula dan saat itu jugalah yang paling sakit buat aku. Sebabnya dah la aku tak paham lepas tu ditambahnya dengan kebisingan budak semeja dengan aku. Apa lagi panas la aku dengan pelajarannya dicampur dengan komputer dengan buku terus aku tak dapat catch up. Mesti mood aku habis kat situ.
Then cikgu suruh kami melakukan kerja, jawap 3 soalan kat depan. Akmal itu pun tanya aku nak buat apa kat depan. Hakim hanya memandang jer la... Dengan penuh keadaan yang tida mood pun aku cakap, "Ha ada 3 power rangers kat depan tu" Hakim tergelak sambil membaca gerak-geri aku yang penuh longlai ini. Akmal pun dengan mukanya nak buat-buat kelihatan manis pun berkata "Kau kacau aku plak. Aku tengah tak nampak nie" Aku terus bermonolog dalaman "Ad aku kisah?"
Kemudian subjek Bio pun bermula dan aku agak bersemangat sikit lepas Shahrul datang trempat aku dan kitorang tetiba speaking plak. Agak smart ea aku berspeaking time tue.. Kalau cikgu BI aku dengar, pergh masuk Al Jazeera teros la... Kemudian disambung pula subjek Chemistry selepas rehat. Aku kehilangan mood lagi.
Cikgu mengarahkan kami untuk mengambil semula buku nota yang telah dihantar pada minggu lepas. Aku terlihat buku Akmal dan aku terasa nak kacaunye lagi lantas aku ambil bukunya dan teros sorok kat tempat meja aku. Kemudian dia mencarinya dan kau telah menjangkakan dia akn pergi ke tempat Hakim dahulu sebab Hakim jer yang selallu wat benda keanak-anakan ni.
Setelah beberapa itu, aku dengan penuh keselambaan itu menyerahkan semula buku nota kesayangannya itu. Dia macam tersenyum macam tak, aku pun confuse reaksi mukannya time tue. Aku ingat dia nak sindir ke atau marah kecil. So, aku teruslah pandang temapt laen, tapi laen plak yang aku jangka. Aku rasa tue macam perli tapi nadanya aku tak suka dengar, dia berkata "Teriam kasih".. Lembut sekali nadanya... Ketika itu aku boleh merasakan kebencian yang teramat sangat sebabnya aklu dah trauma kalau ada kawan yang layang aku dengan baik even dengan kata-katanya yang lembut bahasanya dan manis wajahnya.. Zakwan tanya "Ko touching ke ngan Akmal?" Aku memang tak paham apa istilah di sebalik perkataan itu sebenarnya. Sebenranya aku tak suka sangat kalau ada orang yang selalu senyum kat aku especially friends sebabnya nanti aku rasakan trauma.
Hingga ke hari ini aku masih tidak mampu mengasingkan masa silamku dan dunia baharuku ini. Aku sungguh berasa taku kalau ada yang dinamakan kawan melainkan mereka itu telah menepati 3 syarat ini kerana aku bisa merasakan Allah akan meredai persahabatan itu semata-mata kerana keredhaanNya. 3 sayarat itu ialah :
1) Membantu aku di saat aku ingin lakukan kebaikan
2) Menegur aku di saat aku terpesong dari jalan kebenaran
3) Mengingatkan aku di saat aku lalai
Bagi mereka yang telah menepati perkara ini, maka merekalah insan yang sebenar-benarnya aku hargai selepas kedua ibubapaku. Namnu begitu, bagi mereka yang telah banyak terlibat dengan kehidupanku lebih-lebih lagis sekarang, aku ucapkan jutaan pengahargaan kepada kalian kerana telah mewarnai hidupku dengan penuh bermakna. Bersama-sama kita meraih redha Ilahi dalam mengikat hati-hati ini bagi menegakkan syiar Islam. Together we strength our ummah....

Subscribe to:
Posts (Atom)