Sesi persekolahan bermula dengan subjek PJK dan kami memulakan sesi pembelajaran seperti sedia kala. Hari tajuk pembelajaran agak sedikit berbeza di bawah tajuk perasaan. Guru kami mengajar perihal ini secara santai agar kami mampu memahami tajuk ini dengan kejituan. Beliau ada mengisahkan kepada kami tentang satu perkara bahana seorang lelaki. Beliau semasa di IPT sedang melakukan kajian tentang orang sakit mental yang hampir pulih. Sepanjang kajian guru kami itu, beliau mendapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang itu boleh terkena sakit mental dan antaranya ialah kurangnya aktiviti fizikal seperti sukan, tidak meluahkan perasaan dan mengrungkan diri dalam bilik untuk berfikir dan mencari jalan penyelesaian. Akhirnya orang itu gila nampaknya. Antara tanda seseorang itu sakit jiwa ialah mukanya tidak melambangkan ekspresi mukanya dan aku dijadikan contoh. Aku senyum jer walhal aku ketika itu sedang marah. Hmm apa lagi, si Akmal ngan Hakim tu kata ha memang sama pun.. Aku pun senyum jer la..
Aku kehilangan mood hari ni dan subjek Biology pun bermula dan saat itu jugalah yang paling sakit buat aku. Sebabnya dah la aku tak paham lepas tu ditambahnya dengan kebisingan budak semeja dengan aku. Apa lagi panas la aku dengan pelajarannya dicampur dengan komputer dengan buku terus aku tak dapat catch up. Mesti mood aku habis kat situ.
Then cikgu suruh kami melakukan kerja, jawap 3 soalan kat depan. Akmal itu pun tanya aku nak buat apa kat depan. Hakim hanya memandang jer la... Dengan penuh keadaan yang tida mood pun aku cakap, "Ha ada 3 power rangers kat depan tu" Hakim tergelak sambil membaca gerak-geri aku yang penuh longlai ini. Akmal pun dengan mukanya nak buat-buat kelihatan manis pun berkata "Kau kacau aku plak. Aku tengah tak nampak nie" Aku terus bermonolog dalaman "Ad aku kisah?"
Kemudian subjek Bio pun bermula dan aku agak bersemangat sikit lepas Shahrul datang trempat aku dan kitorang tetiba speaking plak. Agak smart ea aku berspeaking time tue.. Kalau cikgu BI aku dengar, pergh masuk Al Jazeera teros la... Kemudian disambung pula subjek Chemistry selepas rehat. Aku kehilangan mood lagi.
Cikgu mengarahkan kami untuk mengambil semula buku nota yang telah dihantar pada minggu lepas. Aku terlihat buku Akmal dan aku terasa nak kacaunye lagi lantas aku ambil bukunya dan teros sorok kat tempat meja aku. Kemudian dia mencarinya dan kau telah menjangkakan dia akn pergi ke tempat Hakim dahulu sebab Hakim jer yang selallu wat benda keanak-anakan ni.
Setelah beberapa itu, aku dengan penuh keselambaan itu menyerahkan semula buku nota kesayangannya itu. Dia macam tersenyum macam tak, aku pun confuse reaksi mukannya time tue. Aku ingat dia nak sindir ke atau marah kecil. So, aku teruslah pandang temapt laen, tapi laen plak yang aku jangka. Aku rasa tue macam perli tapi nadanya aku tak suka dengar, dia berkata "Teriam kasih".. Lembut sekali nadanya... Ketika itu aku boleh merasakan kebencian yang teramat sangat sebabnya aklu dah trauma kalau ada kawan yang layang aku dengan baik even dengan kata-katanya yang lembut bahasanya dan manis wajahnya.. Zakwan tanya "Ko touching ke ngan Akmal?" Aku memang tak paham apa istilah di sebalik perkataan itu sebenarnya. Sebenranya aku tak suka sangat kalau ada orang yang selalu senyum kat aku especially friends sebabnya nanti aku rasakan trauma.
Hingga ke hari ini aku masih tidak mampu mengasingkan masa silamku dan dunia baharuku ini. Aku sungguh berasa taku kalau ada yang dinamakan kawan melainkan mereka itu telah menepati 3 syarat ini kerana aku bisa merasakan Allah akan meredai persahabatan itu semata-mata kerana keredhaanNya. 3 sayarat itu ialah :
1) Membantu aku di saat aku ingin lakukan kebaikan
2) Menegur aku di saat aku terpesong dari jalan kebenaran
3) Mengingatkan aku di saat aku lalai
Bagi mereka yang telah menepati perkara ini, maka merekalah insan yang sebenar-benarnya aku hargai selepas kedua ibubapaku. Namnu begitu, bagi mereka yang telah banyak terlibat dengan kehidupanku lebih-lebih lagis sekarang, aku ucapkan jutaan pengahargaan kepada kalian kerana telah mewarnai hidupku dengan penuh bermakna. Bersama-sama kita meraih redha Ilahi dalam mengikat hati-hati ini bagi menegakkan syiar Islam. Together we strength our ummah....
4 comments:
nape ko trauma plak akmal senyum kat ko??
Owh,
Bukan tu sebabnya...
Actually aku ade trauma skit klu certain2 org wat baek kat aku atas sbb yg dirahsiakan...
'Mende' tu la yang bnyk menyulitkan idop aku nie....
owh..
"mende" tu??
ni kes mase katt sek lame ko ke?
a'ha,
klu ko bace post aku yg seterusnye ko leh lah paham cket...
Post a Comment