Friday, April 30, 2010

Pandangan Yang Sirna

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan? Itulah kata pembuka bicara pengalas hujahan. Aku ini gemar melihat dan memerhatikan mereka di sekelilingku ini agar aku bisa memahami. Bukannya niat ini untuk mencari aib insan ini dan bukan pula untuk tunjuk hebat di hadapan makhluk yang lain pula.

Sedemikian itu, aku memerhati mereka agar aku bisa mengenal diri yang tersimpang jauh ini. Tatkala itu aku masih lagi teringat akan satu hadis Rasulullah SAW yang bererti muslim itu cermin kepada muslim yang lain. Maka akan perihal itulah aku memandang mereka sebagai sifat dalamanku yang begitu tercala dan harus mengalami proses penyembuhan dan penyucian jiwa.

Namun bukan itu yang hendak aku perkatakan sekarang ini akan tetapi tentang betapa sirnanya pandangan aku terhadap beberapa situasi sebelum ini. Aku sering terfikir apabila melihat seseorang itu bertungkus-lumus melakukan sesuatu dan aku mengumpamakannya sebagai berhempas-pulas membantu insan bergelar sahabat akan kerana itu lebih manis bunyinya.

Kadangkala aku melihat mereka-mereka ini akan menghungkit kembali perkara-perkara yang telah dilakukan oleh mereka sekiranya diri dan kerja mereka tidak dihargai walau dengan sebaris ungkapan "Terima kasih". Dan waktu itu aku mula berfikir adakah mereka ini mengungkit hal ini disebabkan mereka inginkan ganjaran? Ataupun ingin dihargai? Tidakkah mereka ingat bahawa Allah boleh membalas dengan terlebih baik daripada itu semua?

Aku menganggap mereka itu kurang berkesedaran dan mungkin juga kurang keikhlasannya terhadap Allah dan itulah pandangan aku yang jahil ini. Namun telah aku pelajari sesuatu perkara yang berkaitan dengan perkara yang sebelum ini aku tahu cuma tidaklah aku sedar dan perasan. Itulah fitrah manusia yang sukakan perghargaan dan ingin rasa dihargai. Maka disebabkan itu kita umat Islam diajarkan cara untuk berterima kasih sebagai cara membalas budi insan lain.

Ekoran itu aku menyedari suatu hal setelah aku menonton Al-Kuliyyah tadi bahawasanya ikhlas tidak menafikan hak. Ini membawa pengertian di mana seseorang yang melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh maka hak dia itu adalah dengan mendapat ganjaran imbuhan ataupun bonus daripada majikannya. Sama jugalah seperti seseorang yang ikhlas memberikan pinjaman wang kepada rakannya. Maka sekirannya si peminjam itu mendiamkan diri tidak bermaksud penghutang itu menafikan hak pemiutang itu dan wajib ke tasnya untuk melunaskan hutang itu bila mampu. Maka ikhlas itu tidak menafikan hak. Apabila sesuatu kebaikan (Perkara yang sunat dan bukan wajib) itu diingatkan semula agar si penerima kebaikan itu sedar dan kembali bertaubat kepada Allah Yang Maha Pengampun.

Wallahu'alam...

No comments: