Tuesday, April 13, 2010

Dakwat di Atas Cebisan

Azan Subuh mula berkumandang memanggil sekalian umat untuk menunaikan solat menghadap Ilahi, Tuhan seru sekalian alam. Aku bergegas meneruskan wahana kehidupan ini sebagai seorang hamba yang sentiasa mengharap mawaddah warahmah dari sisi Rabbul Izzati. Terus aku melangsungkan kehidupan ini mengikut aturannya seperti siang dan malam silih berganti matahari dan bulan terus beredar pada paksi masing-masing.

Aku mengikat kasut sekolah dengan penuh teliti lantas menuju menghampiri basikal tua yang setia mengikutku pergi ke sekolah. Tidak pernah basikal itu bersungut keletihan kepada tuannya dan penuh kehambaan menunggu aku pulang dari sekolah selepas tamat kelas excel. Ketika waktu persekolahan itu bermula sarwajagat pelajar SMKTPG melakukan aktiviti sedia kala dan aku dengan penuh keghairahan melulu ke kelas bagi memulakan sesi P&P daripada guru-guru tersayang.

Sepanjang waktu menjadi saksi aku berada di sekolah, satu persatu kala pembelajaran aku tumpu hinggalah tiba waktu matematik yang diajar oleh guru penasihat PBSM aku sendiri. Di kala itu, aku seolah-olah menjadi orang lain yang tiada mengenal diri ini. Sikapku ini terus berubah menjadi budak-budak bagai kanak-kanak rabbina. Kawan-kawanku ketika itu ada menanyakan aku akan sesuatu hal yang macam kurang bernas untuk dijawab dan aku membalasnya dengan gaya pelik seperti alter terahsia diriku pula yang menjelma hinggalah satu saat itu satu perbualan bermula

Najiha : Dia ni macam budak nakal tapi pandai. Macam Hakim pulak kalau dia menjwab tu..
Wani : Hmm niu bukan macam Hakim tapi memang 'Hakim'

Subhanallah pena kuini terus berbicara maka benarlah sabda nabi itu, "Manusia yang berkawan dengan penjual wangian itu akan lekat harumnya dan musia yang berkawan dengan penempa pedang akan lekatlah arang itu" Aku tiada mengerti akan tindak balas yang harus aku pamerkan ketika kata-kata itu terus menyelinap masuk ke cuping telingaku. Kemudian aku sedar bahawa sememangnya dia itu cermin bagi diriku dan aku menyangka cermin itu mula kelihatan pantulannya dan dakwat mula tertulis di atas cebisan kertas.

Kemudian perjalanan waktu itu kembali meneruskan sunnatullah sehinggalah tamat sesi persekolahan dan kelas excel pun bermula kira-kira sejam lagi. Subjek biology memenuhi jadual excel dan cikgu berusaha keras membimbing kami bagi memperoleh kefahaman yang jitu untuknya. Bersamaku, Akmal yang macam sengal-sengal sikit tapi cukup membawa impak yang besar dalam kehidupan seharian ini. Kami berjalan menuju ke pinti pagar sekolah tanda tamatnya kelas tambahan.

Dia memulakan kata "Kau tak menyesal ke pindah sekolah?" Aku terus menjawab "Terlalu lambat untuk aku katakan menyesal." Dia menyambung bicara "Kiranya kau menyesal la ni?" Aku petah berkata "Tiada apa untuk disesalkan dan aku harus bahagia dengan kehidupan ini." Dia terus bersungut keletihan menghadiri kelas excel hingga matahari tegak seinci di atas kepala

Anis : Akmal kenapa kau datang kelas excel?
Akmal : Mak aku suruh.. (Jawabnya ringkas)
Anis : (Baiknyalah budak ni, kalau aku tak) Patutnya kau buat untuk diri kau baru bahagia.
Akmal : Kalau aku, dah balik tidur kat rumah.
Anis : Biar yang kita cari tu bahagia di akhir, jangan gembira sekarang akhir merana.
Akmal : Hmm kau ni penuh falsafah rupanya. Ala aku tahu kau ni menyesal kan?
Anis : Macam mana kau tahu kalau aku ni menyesal?
Akmal : Ala tengok mata kau pun tahu...
Anis : Memang la ada yang disesalkan tapi aku dah cukup bahagia dengan kehidupan kat sini.
(Dia ketika itu seolah-olah tahu aku memikirkan zaman silamku di sana)
Akmal : Tadi aku, niezam, husai n da gang ada bincang pasal kau. Kenapa kau boleh pandai?
Anis : (Terus diam tanda mendengar)
Akmal : Mungkin sebab kau tak mencarut. So kitorang wat perjanjian tak kan mencarut. Siapa
yang mencarut kene pukul.
Anis : Maha suci Allah, begitu hebat perancanganNya (monolog dalaman)

Kami bersalam memberi isyarat tanda perpisahan. Aku begitu segan dengan diriku ini kerana segala kebaikan yang dilihat hamba-hambaNya itu adalah milikNya jua. Aku juga masih bersyukur kerana aku ini masih dipandang elok dan aku tahu itu bukanlah kerana kebaikan yang menjadi pakaian diriku akan tetapi kerana kasih Rabbul Izzati yang menutup keaibanku ini. Namun begitu aku masih mengharapkan akan adanya teguran daripada mereka untuk diriku agar aku dapat memperelok diri ini tanda mereka mengambil berat akan diri ini.

Aku begitu bersyukur kerana mempunyai kawan sepertinya kerana dia mampu menafsir riak mukaku dan menjaga etika persahabatannya bersamaku. Aku mungkin kerugian kerana melepaskan kawan-kawan di sana, aku mungkin kerugian kerana tidak menimba ilmu di sana dan aku mungkin kerugian tidak menyertai pertandingan atas platform nama yang gah tapi aku pasti kerugian yang teramat jika aku kehilangan Akmal dan Hakim sebagai rakanku berserta kelas 5 Sains 2 tahun 2010 yang lain.

Di sini aku panjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana masih membuka pintuNya satu persatu dan memudahkan urusanku di sini. Dan aku tidak pernah putus memohon petunjuk dariMu Sang Maha Kuasa ke atas diriku dan rakan-rakanku... Jadikanlah kami umat yang berukhwah dan terus berusaha untuk menegakkan syiarMu dan meraih keredhaanMu yang hakiki untuk seluruh kehidupan yang terus dia'bdikan kepadaMu Ya Allah.. Amin...

p/s * Kepada bloggers yang membaca, apa yang baik jadikanlah tauladan dan yang buruk jadikan sempadan. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari penulisan saya sendiri.

2 comments:

Muhammad Afiq Abdul Rashid said...

walaupun ayat penuh berbunga-bunga diriku yg fana ini dapat juga membaca dan memahami maksud disebalik kisah ini =)

baguslah diorg tak nak mencarut lagi!
=))

Neutronboy said...

Alhamdulillah,
Tapi masih ade lagi gak sbbnyer ea la,
tabiat klu nak tukar susah kan...
sama2 lah kita doakan...