Pelajar mula berkumpul di sekolah pada jam 0700 untuk menunggu kedatangan bas. Kami disediakan 'mafin' yang begitu enak yang berhidangkan pau kelapa dan kuih. Cikgu mula memberikan sedikit taklimat sebelum bermulanya perjalanan. Kami mula bertolak pada jam 0730. Ketika itu, aku duduk di sebelah tingkatan 6 atas. Di hadapan aku Sania and da gang. Tatkala perjalanan telah bermula dan aku duduk di atas kerusi bas yang begitu empuk itu sambil menghayati keindahan alam sekitar di sekeliling aku.
Aku melihat pelbagai ragam dan karenah para pelajar di dalam bas sepanjang perjalanan kami. Kadangkala terasa lawak kadangkala terasa pelik pula. Perjalanan pergi ini mengambil yang agak lama berbanding perjalanan balik kerana KL yang terkenal dengan kesesakan lalu lintasnya pada waktu matahari terbit. Pada mulanya aku fikir bolehlah baca buku dalam bas menyahut kata-kata "bangsa membaca bangsa berjaya" tetapi aku tidak boleh sebab pening pula.
Di sana kami mula diperkenalkan dengan beberapa sistem yang digunakan oleh PNM ini. Antaranya ialah OPAC di mana para pengguna boleh menyemak atau memeriksa tajuk buku yang ingin dicari agar kita boleh menganl pasti adakah bahan tersebut berada di PNM atau tidak. Maka sisitem ini akan menjimatkan masa dan kos perjalanan pengguna.
Selain itu juga, PNM dalam proses pembaik pulihan di mana para pengguna boleh meminjam buku dari PNM secara online. PNM juga telah membelanjakan satu juta ringgit untuk melanggan beberapa basic database untuk digunakan oleh pengguna terutamanya dari kalangan pelajar di IPT.
Malah, kami juga turut dibawa ke bilik perkhidmatan mikrofilem. Perkhidmatan ini bagi membolehkan pengguna mencari bahan rujukan dari dada-dada akhbar seawal tahun 1940 lagi. Pengguna amat digalakkan untuk mengetahui tarikh akhbar tersebut bagi memudahkan proses pencarian maklumat untuk dilakukan.
Terdapat pelbagai kelebihan yang disediakan oleh PNM kepada para pengguna dalam mendokong aspirasi "Bangsa Membaca Bangsa Berjaya" agar modal insan nasional dapat dilahirkan dengan kriteria-kriteria yang diinginkan oleh kerajaan...
1 comment:
Menganl = mengenal
Sisitem = sistem
Post a Comment