Begini tulisan beliau:
Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima  juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap  orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua  sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini  berlaku?
Siapa mereka ini?
Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis  zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai  'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori  id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi;  begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.
Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka  berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin  memperkenalkan jarum suntikan pelalian.
Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta  ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul  Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah  Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana  kajian mengenai transmisi neuromuskular.
Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan  sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif  (rawatan mental, kesugulan dan fobia).
Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George  Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi  Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya).  Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.
Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara  tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.
Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan  reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik);  Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat -  stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner  (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).
Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren  (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's),  Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison  (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan  Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).
Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah  seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright  (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi  Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim  Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua  Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral  Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny  Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge  Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana  Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis);  Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas  Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).
Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN);  Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry  Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington  Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max  Frankel (The New York Times).
Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia  menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata  dunia.
Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah  AS$2 bilion.
Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg  ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan  Boris Becker adalah Yahudi.
Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony  Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul  Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley,  Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya  Yahudi?
Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara  pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron  Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew  Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One  Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad)  and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.
Mempengaruhi
Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu  pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal  Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres  meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.
Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia  tercerdik. Dia ialah Yahudi.
Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?
Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.
Mengapa umat Islam terlalu lemah?
Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu  bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di  Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu  ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan  setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam  terlalu lemah?
Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua  cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk  setiap tiga juta orang Islam.
AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai  Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik  Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun  universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.
Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah  hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf.  Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar  40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik  huruf.
Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang  sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam.  Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti,  sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.
Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per)  sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di  seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50  juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per  sejuta).
Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan  dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5  peratus daripada KDNKnya.
Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu  pengetahuan.
Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku  yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi  menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.
Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan  sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per  juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.
Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.
Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC  ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan  perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8  trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.
Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara  rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak)  bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan  perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan  Thailand AS$545 bilion.
Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling  berkuasa?
Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya  pelajaran.
** Jadi jangan marah pada bangsa yahudi, marahlah pada diri sendiri.  Marahlah pada bangsa Islam sendiri yang bodoh dan tidak bersatu. Jangan  ingat kita di Malaysia ini akan selamat, dan janganlah merasa selesa  dengan segala kesenangan ini.
Firman Allah :
Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, nanti Kami akan menarik  mereka dengan beransur-ansur (ke arah kebinasaan), dengan cara yang  tidak mereka ketahui.
(7:182)
 
 
 
No comments:
Post a Comment