Tuesday, April 6, 2010

Kasih Yang Dihadiahkan

Dear my friend,

Hai sahabatku, bagaimana hatimu kini yang masih lagi meneruskan perjalanan hidup, yang kian mencabar bersama jasad yang ditumpangkan? Mengimbau segala kisah lampau yang pernah kita lalui walau berbeza titi. Di saat itu usia yang setahun jagung ini masih mentah menilai kaca dan permata, hidup dalam keadaan yang masih bergantung harap kepada mereka yang sudah merasa asam garam kehidupan. Tatkala itu dikau telah mengenaliku walau aku belum lagi menatap wajahmu kian indah. Hinggalah usia yang meniti kian meningkat dan kita harungi hidup ini mengikut laluan sendiri. Ketika itu masih lagi kita tiadanya mengenal akan antara kita selain nama yang tersemai dengan jasad.

Namun, dalam melayari bah di lautan yang penuh gelora telah kembali menemukan kita dalam cara yang tiada akan kesamaannya dan waktu itu tiadalah aku melihat dirimu yang lalu walau kutahu dikau masih mengenal siapakah aku. Seorang yang sering menyaksikan air sungai di tebing mengalir hingga membasahi kerana terasa dirinya dalam kesepian. Akan tetapi pertemuan itu tiadalah lamanya kerana aku berpindah lagi di alam yang lain pandangan hidupnya.

Tuhan yang menetapkan jodoh ini sekali lagi membawa kita di atas denai yang tersedia untuk kita lalui bersama. Dan kini aku bukanlah diri yang dahulu dan engkau turut membawa reformasi diri. Aku terasa indah dalam keanehan, walau kita tiadalah lamanya bersama akan itu aku terasa nyaman di sampingmu duhai teman yang istimewa. Tidaklah aku berasa asing di dunia sendiri kerana engkau sanggup mendampingiku dan terus tersangkut dengan segala kelemahan yang acap kali membuat bebanan atas dirimu. Kata-kata yang tidak bisa aku tapis mungkin kerap kali mengguris hatimu yang lembut. Dikau seorang teman yang masih gagah berdiri membawa dirimu ke atas puncak untuk melihat pelangi petang bersama matahari terbenam bagi tanda keindahan ikatan antara kita.

Aku mungkin tidak mampu membalas apa yang telah engkau berikan kepadaku untuk aku meneruskan kehidupan di atas dunia yang fana ini. Engkau terus erat memegangku menyingkap satu per satu rahasia alam. Engkau masih giat memimpinku untuk terus menelusuri satu per satu keaiban diri. Dan kini engkaulah cermin bagi diriku yang sejati... Dan satu kata masih lagi tiada mampunya untuk membalas segala yang engkau titipkan kepadaku...

Terima Kasih Duhai Teman....

Yang Sering Mengguris hatimu,
-Teman yang mengharap ampunmu-

6 comments:

Liyana Syahirah Muhamad Yusof said...

anwar,,im very very sedih, u decided to keluar kussess juga.. sorry for u yet i knoe u hv done the best choice1 keep in touch1 hows life nw?

Neutronboy said...

Oh my dear friend,
Dari mane Lisya anwar keluar kusess? btw thanx for urt support and now i really have a gud life even though there is quit hard enough here.. Anwar rindu sgt ngan PRS KUSESS and of course DELTARIAN!!. Nanti ada reunion kan?

Liyana Syahirah Muhamad Yusof said...

hahaha...yeah..tauh dr saadiah kot? tkp kusess.. ermh, tkejut sbb i thought u were jking.. tym tuh nk pass up surat dh kat anwar.. tbe2 die kt anwar dh lme dh kluar kusess. u really r determined.. tanda2 org berjaya insyaAllah, bpe subjek ambek? reunion dh lepas.. dgr cte x jd pon reunion tu..

Neutronboy said...

Amin, insyaAllah kita sama2 menuju puncak kejayaan..
dari saadiah?
Amik 9 jer.. tak sanggup plak amik lebih2 time kat skel nie.. Lisya brp?
Cam ne ass. 1 nie?
dengar gak reunion dah lepas n tak jadi tapi katenyer diorang postpone lepas SPM...
Tahun nie Lisya wat ape jer kat skolah?

Liyana Syahirah Muhamad Yusof said...

owh,im taking 10 subjects.. insyaAllah.. and, this year is my busiest year.. as far as you know lah, im the headgirl. so,the resp is verry big and heavy too.. an di missed going to UIA.. sdeyh nyew!

Neutronboy said...

Hmm sdyehnye... tertinggal ea... its ok, your rep. is more important rite?
But i believe that you can do your best in SPM '10 besides your heavy duty. I will always support you from behind. Together we strength our ummah....