Saturday, April 3, 2010

Yahudi Bangsa Terlaknat, Hina & Tajut Mati

Firman Allah SWT,

"Kamu tidak akan mendapati di kalangan manusia yang paling tamakkan
kehidupan dunia melebihi daripada golongan musyrikin (yang menyembah
patung sapi). Setiap dari mereka mahu diminta diberikan kehidupan
selama seribu tahun (di dunia ini), tetapi kehidupan selama itu tidak
akan menyelamatkan diri daripada azab. Allah melihat apa yang mereka lakukan" [TMQ al-Baqarah (2):96].

Ayat ini ditujukan kepada kaum Yahudi yang mana ayat sebelumnya [TMQ
al-Baqarah (2):92-95] mengisahkan kaum Bani Israel yang dipimpin oleh
Nabi Musa as. yang telah diselamatkan daripada Firaun oleh Allah
setelah menyeberangi Laut Merah dan menetap di semenanjung Sinai,
tetapi kemudiannya menyembah patung sapi (lembu) lalu menjadi musyrik.
Ini memberitahu kita bahawa kaum Yahudi sangat tamakkan kehidupan
dunia, dan mereka akan meminta kehidupan selama seribu tahun dengan
sifat tamak mereka. Sekiranya cintakan dan tamakkan dunia, maka ini
bererti mereka takutkan mati, dan tidak mahu berperang ke jalan Allah
dalam menegakkan kalimah Allah yang dibawa oleh Nabi Musa as., sebab
kematian bererti akhirnya kehidupan dunia buat selama lamanya. Tidak
pernah kita dengar di dalam tentera Israel terdapat skuad pengebom
berani mati.

"Katakanlah: Apakah akan aku beritakan kepadamu tentang orang-orang
yang lebih buruk pembalasannya dari (orang-orang fasik) itu di sisi
Allah, iaitu orang-orang yang dikutuk dan dimurkai Allah, di antara
mereka (ada) yang dijadikan monyet dan babi" [TMQ 5:60].

"Dan tanyakanlah kepada Bani Israel tentang negeri yang terletak dekat
laut ketika mereka melanggar peraturan pada hari Sabtu (Sabbath), di
waktu datang kepada mereka ikan-ikan mereka terapung di permukaan air,
dan di hari-hari yang bukan Sabtu, ikan-ikan itu tidak datang kepada
mereka. Demikian Kami mencuba mereka disebabkan mereka berlaku fasik"
[TMQ al-A'raf (7):163]

"Maka tatkala mereka bersikap sombong terhadap apa yang mereka
dilarang mengerjakannya, Kami katakan kepadanya, Jadilah kamu monyet
yang hina". [TMQ al-A'raf (7):166].

Ayat-ayat di atas adalah mengenai kaum Yahudi yang melanggar peraturan
pada hari Sabbath (Sabtu) dan pergi menangkap ikan pada hari tersebut.
Mereka ini terkenal dengan kaum yang sentiasa melanggar perintah Allah
dan mereka ini dilaknat oleh Allah dan ditukar menjadi monyet dan babi.

Di dalam sejarah Daulah Islam, tidak pernah ada peperangan di mana
kaum Yahudi menyerang umat Islam dan kaum Yahudi menang. Di dalam
perang Khandaq contohnya, kaum Yahudi Bani Quraizah di Madina h menjadi
pembelot dan berserta dengan kaum musyrikin dari Makkah untuk
memerangi umat Islam di Madina h pada masa itu. Kesemua kaum Yahudi
yang ada dikalahkan oleh tentera Islam dan sebagai hukuman, mereka
dihalau keluar dari tempat mereka masing-masing.

Setelah Daulah Khilafah diruntuhkan pada tahun 1924, barulah kaum
Yahudi `berjaya' dalam peperangan mengalahkan tentera Arab di Timur
Tengah dan mendirikan negara Israel pada tahun 1948. Diikuti dengan
perang pada 1956, di mana Mesir mengusir Perancis , Britain dan Israel
daripada Terusan Suez, tetapi ini disebabkan oleh tekanan Amerika
Syarikat terhadap Britain dan Perancis. Dalam perang ini, Jamal Abdul
Nasser dilihat sebagai wira nasionalis Arab, sehinggakan semasa
pengebumian Nasser , seramai 4 juta penduduk telah keluar dari bandar
Kaherah menghadiri pengebumiannya.

Kemudian berlaku perang 1967 dan 1973 atau dinamakan Perang Yom
Kippur, di mana sekali lagi Israel mengalahkan Mesir dan sekali gus
menjelmakan imej bahawa Israel tidak dapat dikalahkan. Tetapi perlu
diingatkan bahawa perang-perang tahun 1956, 1967 dan 1973 berlaku
bukanlah perang jihad untuk membebaskan Palestin daripada penguasaan
Yahudi. Dan memang benar perang tersebut bukanlah perang jihad untuk
membebaskan bumi umat Islam daripada penguasaan Yahudi, sebab
sekiranya tentera negara-negara Arab tersebut berjihad menentang
Israel maka mereka akan dilabel sebagai terroris, sebab jihad adalah
perkataan yang paling ditakuti oleh golongan kafir harbi.

Mohammed Heikal di dalam buku tulisannya yang bertajuk "The Road to
Ramadhan", mempunyai makna yang mengatakan peperangan tahun 1967 dan
1973 bukanlah jihad untuk membebaskan Palestin tetapi mempunyai
objektif nasionalisme Arab. Perang tersebut telah menyaksikan tentera
Mesir telah berjaya menjangkaui tembok Bar Lev di Semenanjung Sinai
yang dibina oleh Israel setelah dirampas oleh Israel dalam peperangan
1967, yang dikatakan sebagai tembok kebal yang dikawal oleh tentera
Israel tidak akan berjaya dijangkaui oleh mana-mana ketenteraan.
Kemaraan tentera Mesir yang melakukan serangan kilat pada tahun 1973
dan menjangkaui tembok Bar Lev adalah di luar dugaan sama sekali.
Keadaan ini telah menjadikan Israel kucar-kacir dan cemas, sebab
mereka memikirkan bahawa tentera Mesir akan mara sampai ke Tel Aviv
setelah berjaya melangkah tembok tersebut. Tetapi pengkhianatan
beberapa pemimpin Mesir yang mengarahkan tentera mereka berpatah balik
telah mengakibatkan tentera Israel berjaya memukul tentera Mesir yang
berpatah balik itu dengan kapal terbang pengebom. Hal ini menyebabkan
ramai tentera Mesir terbunuh di dalam peperangan berkenaan.

Kini dunia Islam ditakutkan bahawa tentera Israel adalah kuat kerana
disokong oleh US yang dikatakan kebal dan tidak boleh dikalahkan,
walaupun ada jutaan umat Islam yang mahu mempertaruhkan nyawa mereka
untuk berjihad melawan Israel . Di Iran sahaja, dilaporkan bahawa
sudah lebih daripada 20,000 orang pelajar telah mendaftarkan diri
mereka sebagai pengebom berani mati untuk melawan Israel . Semasa
ancaman US terhadap Iran disebabkan oleh program nuklear Iran , lebih
daripada satu juta pemuda dan pemudi di Iran telah menawarkan diri
untuk menjadi pengebom berani mati untuk melawan US sekiranya US
menyerang Iran . Tetapi disebabkan setiap negara tidak mahu dilabel
sebagai negara pengganas oleh US dan sekutunya, maka pemerintah yang
khianat tidak membenarkan seorang sukarelawan mahupun tentera mereka
untuk pergi ke Israel .

Strategi perang US dan Israel ke atas umat Islam adalah sama sahaja.
Semasa perang Iraq lepas, setelah sekatan ekonomi selama lebih
daripada 10 tahun ke atas Iraq dan juga pemusnahan senjata pemusnah
besar-besaran di Iraq oleh United Nations, barulah US berani
melancarkan perang untuk menawan Iraq dalam pada bulan Mac 2003. US
mengetahui bahawa Iraq telah lama tersepit oleh kekurangan bekalan
makanan dan ubatan, dan pemusnahan segala jet-jet pejuang dan senjata
pemusnah besar-besaran telah dilakukan oleh badan dunia UN, maka
kerana inilah US berani melancarkan perang ke atas Irak.

Juga pada tahun 2001, US melancarkan perang menawan Afghanistan , US
telah lama mengetahui bahawa Afghanistan tidak mempunyai apa-apa
infrastruktur perang seperti kilang membuat senjata berat, pusat
simpanan senjata dan lain-lain. Ini menjadikan US begitu berani
menyerang dan menawan dua negara Muslim yang 'lemah' dan dilemahkan
iaitu Iraq dan Afghanistan . Lagipun Pakistan telah membenarkan US
menggunakan ruang udaranya untuk melancarkan serangan terhadap
Afghanistan pada masa itu.

Kini , Israel pula melancarkan perang ke atas Gaza , setelah Gaza
disepit oleh kekurangan makanan dan bekalan ubat-ubatan sejak sekian
lama. Sedikit sebanyak strategi ini sama dengan strategi US menawan
Afghanistan dan Irak pada tahun-tahun 2001 dan 2003.

Pendudukan tentera Israel di selatan Lebanon selama beberapa tahun
telah gagal menghancurkan tentera Hizbullah, dan Israel terpaksa
keluar dari selatan Lebanon pada tahun 1999. Pengeboman oleh jet-jet
pejuang Israel di Qana'a , Lebanon juga telah gagal menghancurkan
tentera Hizbullah. Pada tahun 2006 pula mereka melancarkan pengeboman
ke atas Lebanon dan kali ini diikuti serangan darat bagi menceroboh
bumi Lebanon untuk menghancurkan Hizbullah sekaligus. Tentera Lebanon
tidak membantu Hizbullah dalam peperangan ini, selain daripada
mengeluarkan mayat-mayat daripada timbunan runtuhan bangunan dan
menghantarkan penduduk yang cedera ke hospital.

Dikatakan juga, di kalangan tentera Hizbullah, terdiri daripada orang
awam seperti pembuat roti, pekedai, pekerja restoran, pelajar kolej,
pemandu teksi dan lain-lain yang sukarela berjihad melawan tentera
Israel ketika itu. Setelah tentera Israel mengalami kehilangan jiwa
anggotanya yang ramai, mereka terpaksa berundur dari selatan Lebanon
sekali lagi. Selepas perang itu, terdapat suatu pungutan suara di
kalangan negara-negara Timur Tengah, yang telah meletakkan Hassan
Nasrallah, pemimpin Hizbullah sebagai pemimpin yang paling dikagumi di
rantau Timur Tengah. Setelah peperangan tersebut berakhir, beberapa
pegawai tentera Israel telah meletak jawatan di atas kegagalan
tersebut. Setelah menyedari kejayaan tentera Hizbullah yang berjihad
mempertahankan Lebanon daripada pencerobohan tentera Israel, maka
Hizbullah dilabel sebagai puak terroris sebagai propaganda US di dalam
perang menentang keganasan atau "War on Terror".

Justeru, sekiranya tiada pengkhianatan dari kalangan pemerintah umat
Islam sekarang kepada Allah, RasulNya dan kaum Mukminin, telah lama
Amerika dan Yahudi ini hancur diperangi oleh tentera-tentera umat
Islam. Selain daripada perintah menyediakan keupayaan ketenteraan
sekuat-kuatnya di dalam surah al-Anfaal ayat 60, Allah juga berfirman
di dalam Al-Quranul Kareem:

"Wahai Nabi, kobarkanlah semangat para mukmin itu untuk berperang.
Jika ada dua puluh orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka
dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang
(yang sabar) di antaramu, mereka dapat mengalahkan seribu daripada
orang-orang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak
mengerti" [TMQ an-Anfaal (8):65].

Namun ternyata, pemerintah yang ada tetap berpegang kepada hukum kufur
dan tetap membelakangkan hukum Allah. Sungguh azab Allahlah yang
paling layak bagi mereka dan mereka pasti akan mendapatkannya.
Wallahu a'lam.

p/s* Kalau lah pelajar SMK Telok Panglima Garang ada 1000 orang mukmin yang bersabar nescaya kita mampu kalahkan 10 000 tentera Israel tu...

-STRENGTH BETWEEN US-

No comments: